MAKLUMAT TENTANG HARUMAN / INFO REGARDING PERFUME


Haruman keluaran Asmara Enterprise adalah mementingkan kualiti dan cuba memenuhi citarasa pelanggan. Kajian serta pemerhatian telah dibuat ke atas tingkah laku orang ramai dalam memilih dan menggunakan minyak wangi sebagai salah satu aksesori dalam penampilan diri. Ada dikalangan yang suka akan wangian yang berjenama, sukakan identiti pada wangian tersebut, misalannya haruman Hugo Boss, si pemakainya tentu akan berasa bangga dengan title "BOSS" itu. Kerana jika ia memakainya, kawan2 atau orang ramai yang sudah mengenali haruman itu, sudah tentunya mengetahui bahawa pemakai itu akan bergaya macam seorang "boss". Begitu juga dengan jolokan nama yang diberi kepada lain-lain jenama seperti Yves St Laurent atau YSL dengan "OPIUM", Christian Dior dengan "Poison", Polo dengan "Romance" dan bermacam-macam lagi yang kesemuanya membiarkan anda berfikir sendiri dengan istilah kod dengan haruman dan menterjemahkannya. Itu belum lagi dengan jelitawan-jelitawan yang menjadi model yang menggunakan haruman tersebut. Oleh sebab itu, harganya agak mahal.


Namun begitu di Asmara Enterprise, kami mementingkan keperluan serta kehendak sebenar yang perlu ada pada sesuatu minyak wangi itu iaitu, harga yang berpatutan, wangian yang harum dan segar, berkekalan, mudah di bawa ke mana-mana. Oleh yang demikianlah, Asmara Enterprise telah menyediakan minyak wanginya dengan hanya menggunakan botol yang kecil bersaiz gincu yang mudah dibawa ke mana-mana dalam poket seluar (lelaki) serta tas tangan (wanita) dan minyak wangi Asmara Enterprise digunakan secara "roll on" yang tidak menumpahkan sedikit pun isi kandungannya. Dari segi harumannya, keluaran Asmara Enterprise menyediakan wangian yang seakan-akan sama dengan wangian keluaran wangian berjenama. Yang istimewanya, wangian Asmara Enterprise tidak mengandungi alkohol.

Wangian jenama Asmara Fragrance terdapat dalam 2 jenis : Eau de Toilette (EDT) dan Eau de Parfume (EDP). Harga antara keduanya adalah berbeza sedikit kerana EDT mengandungi campuran minyak wangi dan minyak putih (white oil) dan ketahanan harumannya adalah dalam tempoh sementara sama seperti minyak wangi EDT lain dipasaran. Manakala EDP pula adalah terdiri dari minyak wangi 100% tanpa campuran dan harumannya bertahan lama. Keluaran wangian Asmara Fragrance bolehlah dikatakan menyamai minyak wangi terkenal dengan kadar 99.9% cuma kelebihannya tidak mengandungi alkohol.


Selain dari minyak wangi yang menjadi kesukaan golongan remaja dan dewasa, Asmara Fragrance juga tidak melupakan golongan warga emas yang sukakan minyak wangi yang bersesuaian dengan mereka iaitu minyak wangi Attar. Antara wangian yang disediakan untuk mereka ialah seperti Sultan, Ruhul Oud dan lain-lain lagi.


*********************************************************************

Sijil Pengesahan Kerajaan Malaysia



*********************************************************************

Maklumat Tambahan Mengenai Minyak Wangi
- sepertimana terdapat dalam rencana-rencana yang diambil dari majalah dan potongan akhbar dan sebagainya.
(Untuk melihat dengan lebih jelas, sila klik pada gambar)