APA KATA PEMINAT MINYAK WANGI ASMARA

KAJIAN INI DITULIS BERDASARKAN RESPON PEMBELI YANG MENGGUNAKAN ASMARA FRAGRANCE

*Saya seorang pemuda yang suka dengan wangi-wangian. Dalam Islam pun ada sebut pasal wangi-wangian. Lagipun, saya begitu mementingkan ketrampilan diri agar sentiasa bersih dan wangi. Sebelum ini, saya ada menggunakan pelbagai minyak wangi berjenama seperti YSL, Polo, Dunhill dan lain-lain lagi. Semenjak saya diperkenalkan dengan Asmara, saya sukakan wangian/haruman yang diilhamkan oleh pewangi Ferrari. Lagipun harganya murah, kalau yang berjenama mahal sikit. Dari segi bau, ianya tidaklah terlalu kuat dan sesuai ketika bersama teman. Saya guna EDP kerana wangiannya berkekalan dan sesuai dengan diri yang sentiasa sibuk seharian dengan tugasan. Setakat nak mengambil wudu' untuk solat tidak menjadi masalah, ianya masih wangi - Ariff, Kuala Lumpur

*Terima kasih Asmara Fragrance kerana memberi ilham kepada saya untuk menghadiahkan seseorang dengan minyak wangi ini. Wangian Poison dan Beautiful memang best, saya sukakan baunya. Iyelah, teman wanita saya, tentulah saya belikan wangian yang saya suka. Terima kasih Asmara - En. Amirul, Ampang

*Idea tuan mengesyorkan supaya cenderahati berupa minyak wangi sangat bagus. Saya telah mempraktikkannya sewaktu majlis berzanji di rumah ibu mertua saya dengan memberi minyak kepada tetamu yang hadir. Mereka sangat suka dan memberitahunya kepada ibu mertua saya. Lagipon harganya tak lah semahal mana. Wangiannya pun hebat.- SYHA, Selayang Baru